KOTA KINABALU: Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak Sabah) berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan dengan penuh kejayaan, sekali gus memperkukuh peranan mantan wakil rakyat dalam pembangunan negeri dan negara.
Mesyuarat berkenaan dirasmikan oleh Presiden Mubarak Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Dr Haji Abdul Aziz Haji Abdul Rahman, yang menekankan pentingnya kesinambungan sumbangan bekas wakil rakyat sebagai rakan strategik dalam memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.
Dalam pemilihan kepimpinan, Datuk Yussof Manan sekali lagi diberi mandat sebagai Yang Di-Pertua Mubarak Sabah, manakala Datuk Hajjah Jamilah Sulaiman kembali menyandang jawatan Timbalan Yang Di-Pertua.
Keanggotaan Mubarak Sabah terdiri daripada mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah serta Ahli Parlimen Malaysia (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) dari Sabah.
Antara ahli Mubarak yang pernah menyandang jawatan penting dalam pentadbiran negeri termasuklah Datuk Ahmad Bahrom Datuk Titingan, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah.
Mesyuarat ini bukan sahaja memperlihatkan semangat kebersamaan, malah menegaskan komitmen Mubarak Sabah untuk terus berkhidmat sebagai wadah pengalaman dan kebijaksanaan mantan wakil rakyat demi kepentingan masyarakat.

TERUS KOMITED… Ahli ahli Mubarak terus komited main peranan dalam pembangunan Sabah.





