Laksanakan tugas penuh ikhlas dan dedikasi – Victor

Oleh JOHN TAMBANAN


TAMBUNAN: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Tambunan, Dato’ Vivtor P. Paut menggesa ahli parti yang dilantik ke jawatan kerajaan dan agensi agar melaksanakan tugas dengan penuh ikhlas dan dedikasi.
Beliau mengingatkan agar ahli parti yang diamanahkan bersedia meluangkan masa untuk mendekati rakyat dan berkhidmat dengan sepenuh jiwa.
“Itulah harapan saya kepada semua ahli-ahli Gagasan Rakyat yang dilantik ke jawatan kerajaan dan agensi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Tiga dalam Satu, di Kampung Tikolod, Tambunan pada Sabtu.
Ahli Gagasan Rakyat Tambunan yang dilantik dalam jawatan kerajaan dan agensi terdiri Datuk Amelia Ajun (Ketua Wanita) sebagai Ahli Lembaga Pengarah Qhazanah Sabah; Vianney Evana Vide (Ketua Beliawanis) – Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Sabah SLDB; ⁠Daniel Dilliam (AJK) – Penolong Pegawai Pembangunan Daerah (ADDO) Tambunan; Melissa Bernard (AJK/Naib Ketua Wanita) – Timbalan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tambunan; Suzie Anthong (Penolong Setiausaha Wanita) – Pemaju Mukim UPPM Tambunan dan Primus Kajuice (Ketua Cawangan) – Pemaju Masyarakat UPPM Tambunan.
Ditanya mengenai keputusan bekas ahli Parti STAR Sabah memilih untuk menyertai PGRS, Victor berkata, mereka kini telah sedar bahawa hanya parti yang memiliki kekuatan dan stabil mampu membangunkan negeri Sabah.
“Kita tolak perpecahan dan kita menerima semua yang mahukan kemajuan dari segi pembangunan dan kesatuan bukan berpecah.
“Dengan kemasukan beramai bekas ahli Parti STAR Sabah ke dalam PGRS pada hari ini, saya melihat akan lebih ramai lagi yang akan menyertai PGRS Tambunan pada masa akan datang,” katanya, yang juga Timblan Pengerusi Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera Sdn Bhd.
Victor sebelum itu telah menyaksikan majlis kemasukan dan penerimaan borang keahlian daripada seramai 500 bekas ahli Parti STAR Sabah ke dalam PGRS Tambunan.

SEMANGAT …. Victor (depan) diringi pemimpin parti mengalukan kemasukan beramai 500 bekas ahli Parti STAR Sabah ke dalam PGRS Tambunan