KOTA KINABALU: Sistem pemerkahan baharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan diguna pakai untuk percubaan di kalangan semua lima konfederasi benua.
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal, Persatuan Badminton Sabah, Datuk Anthony C. Linggian berkata, benua berkenaan terdiri Badminton Asia, Badminton Pam Am, Badminton Eropah, Badminton Oceania dan Badminton Afrika, khususnya Gred 3 dan Kejohanan Kebangsaan terpilih dari bulan April hingga Oktober 2025.
Berikutan itu katanya, Malaysia telah memilih Kejohanan Remaja Kebangsaan Bawah 18 Tahun di Perak dari 23 -27 April 2025 dan Cabaran Antarabangsa PETRONAS, juga di Perak dari 12 hingga 17 Ogos, 2025.
“Selepas itu, maklum balas mengenai proses ujian akan dimajukan kepada BWF untuk keputusan muktamad semasa Mesyuarat Agung Tahunan BWF, pada 2026,” katanya dalam satu kenyataan.
Anthony berkata, sistem baharu ini boleh didapati di laman web BWF di bawah STATUT BWF, Seksyen 4.1.4 yang menerangkan sistem pemarkahan baharu sistem 3X15 yang mengikut undang-undang alternatif badminton CTH.
Beliau memberi contoh, satu perlawanan terdiri daripada tiga permainan terbaik, di mana satu permainan dimenangi oleh pihak yang pertama mendapat 15 mata kecuali apabila skor itu mencapai14 kesemuanya.
Pihak yang mendapat kelebihan dua mata akan memenangi permainan. Jika markah menjadi 20 kesemuanya, pihak yang mendapat mata ke-21 terlebih dahulu, memenangi permainan itu.
Di samping itu, perubahan hujung yang berlaku dalam permainan ke-3, apabila pihak pertama mendapat 8 mata.
Anthony berkata, selain Malaysia, negara lain di Badminton Asia ialah China yang menganjurkan Cabaran Antarabangsa, 2025 (28 Okt – 2 Nov 2025) dan di Vietnam iaitu Siri Antarabangsa, 2025 (21-26 Okt 2025), juga akan dipilih untuk menerima pakai sistem mata 3X15 ini.
Katanya, sistem pemarkahan baharu ini mungkin, mencipta mata yang lebih menarik termasuk perlawanan yang lebih rapat dengan mata yang lebih sedikit setiap perlawanan.
Oleh itu, katanya sistem ini akan mencapai titik akhir dengan lebih cepat dan mungkin memberikan tempoh permainan yang lebih konsisten.
“Berita baiknya ialah Dr. Sainah Limbasan dari daerah Tuaran, telah dipilih oleh Persatuan Badminton Sabah untuk latihan penilaian Pengadil Bertauliah BAM semasa Kejohanan Remaja Bawah 18 tahun Kebangsaan di Perak,” katanya.
Anthony telah membimbing calon-calon terpilih untuk lebih banyak latihan praktikal bagi menyediakan peperiksaan teori dengan baik untuk mereka.
Minggu depan dari 8-13 April, Kejohanan Elit Juniors ke-2 akan dipertandingkan dengan sengit di 3 negeri iaitu, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor.
Anthony akan berada di Selangor, untuk memikul tugas sebagai Penilai Pengadil Bertauliah BAM.
Selain pertandingan peringkat kebangsaan, Anthony secara peribadi akan melatih lebih ramai pengadil tempatan di Sabah tahun ini.
Bagi mereka yang berminat dan untuk maklumat lanjut boleh menghubungi setiusaha kehormat SBH, Rechine Jikah di talian 010-8853911 atau Anthony (0128330666).-JT





-218x150.jpg)