Harimau Dahan Berjaya Ditemui Semula.

Harimau Dahan berkenaan berjaya ditemui pasukan JHLS selepas diburu sejak pagi tadi. (Pix tular dimedia sosial)


Fardy Bungga

asiatimesrp@hotmail.com

Kota Kinabalu: Seekor Harimau Dahan yang dilaporkan terlepas dari kandang di Taman Hidupan Liar Lok Kawi berjaya ditemui semula oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS), hari ini.

Harimau Dahan berkenaan dikatakan terlepas kira-kira jam 6 pagi tadi sebelum satu operasi memburu haiwan berkenaan dilancarkan sekitar kawasan taman berkenaan.

Difahamkan, haiwan berkenaan ditemui semula kira-kira jam 8.30 malam tadi dan kini dibawa ke klinik zoo untuk pemeriksaan kesihatan.

Berita mengenai kehilangan haiwan berkenaan tular selepas satu surat pemberitahuan dikeluarkan kepada beberapa kampung sekitar taman berkenaan.

Dalam surat berkenaan memaklumkan supaya sesiapa yang menemui haiwan berkenaan diminta supaya berhati-hati dan segera menghubungi JHLS untuk tindakan segera.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) Augustine Tuuga ketika dihubungi mengesahkan haiwan berkenaan ditemui semula.

Katanya, haiwan berkenaan berjaya ditangkap menggunakan ‘tranquilliser’ atau ubat penenang haiwan berkenaan.

Tamat