Penampang: Penugasan pemantauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sempena Perayaan Hari Natal oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang berjalan lancar.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, penugasan ini lebih memfokuskan pemantauan di rumah-rumah ibadat dan kediaman-kediaman sekitar daerah ini.
“Pemantauan intensif dilaksanakan di beberapa gereja sekitar Daerah Penampang dan Putatan yang menjalankan upacara keagamaan sempena sambutan Hari Natal.
“Ini termasuk penyertaan pegawai kanan dam anggota IPD Penampang sendiri yang turun padang menyantuni ketua-ketua rumah ibadah,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Mohd Haris berkata, pertemuan mesra itu didakan bagi memberi peringatan dan nasihat berhubung SOP PKPB yang wajib dipatuhi agar penularan wabak Covid-19 dapat dikawal.
“Polis Penampang juga turut melakukan pemantauan di kediaman-kediaman bagi mengingatkan orang awam supaya sentiasa mematuhi SOP PKPB dan mengelak daripada berada dalam kumpulan yang ramai,” katanya.
Sementara itu, Mohd Haris berkata, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang juga turut giat membuat pemantauan di sekitar premis-premis, restoran, kafe dan mengeluarkan kompaun terhadap individu yang ingkar dengan SOP PKPB.
Tamat









展示環保衝擊報告第三版手冊,右二為環境局總監維達里斯。-218x150.jpg)