PDRM Sabah terus komited.

Kota Kinabalu: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah akan terus komited dalam melaksanakan tugas bagi memastikan kadar kes jenayah terus menurun dari semasa ke semasa.

Pesuruhjaya polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, sepanjang tahun ini sehingga 27 November lalu, statistik jenayah indeks di Sabah mencatatkan penurunan amat ketara berbanding tempoh sama tahun lalu.

Katanya, penurunan kes terbukti dengan menyaksikan jenayah kekerasan mencatatkan penurunan sebanyak 15.4 peratus membabitkan 69 kes.

“Begitu juga dengan kes jenayah harta benda yang menurun sebanham 12.6 peratus membabitkan 379 kes.

“IPK Sabah juga mencatatkan penurunan ketara untuk kes jenayah samun tanpa senjatapi dan pecah rumah membabitkan penurunan masing-masing 16 kes dan 233 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, hari ini.

Idris berkata, kes jenayah curi juga menunjukkan penurunan membabitkan 129 kes dan diikuti 80 kes pecah rumah.

Sementara itu, Idris berkata, kekangan pergerakan yang wujud sepanjang fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) akibat penularan wabak Covid-19 turut mempengaruhi penurunan kes-kes jenayah berkenaan.

Bagaimanapun katanya, polis Sabah akan terus mengambil perhatian serius dan pelbagai usaha pencegahan jenayah bagi mengekang peningkatan kes terutamanya pecah rumah.

Tamat