Theresa Chong dilantik PPM baharu DUN N.20 Api-Api

KOTA KINABALU: Chong Mui Lan @ Theresa Chong dilantik sebagai Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) baharu bagi Kawasan Pilihan Raya N.20 Api-Api berkuat kuasa 25 Februari 2025.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api, Datuk Seri Christina Liew membuat pengumuman itu dalam satu kenyataan pada Rabu.
“Perubahan PPM bagi Api-Api adalah untuk memudahkan penyediaan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada rakyat kawasan itu.
“Api-Api amat terjejas dari segi kemajuan dan pembangunan kerana kelemahan atau prestasi rendah pemimpin pembangunan masyarakat terdahulu,” katanya.
Christina menyatakan keyakinan terhadap keupayaan Theresa untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dalam memenuhi keperluan kawasan Api-Api dan kawasannya.
Orang ramai boleh menghubungi Theresa di talian 016-8480032 atau e-mel beliau di rainbowstarzz38@gmail.com

Theresa Chong