Penumpang Bas Tung Ma Keningau – KK Diminta Tampil.

KENINGAU: Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Keningau meminta penumpang yang menaiki bas Syarikat Tung Ma dari Keningau ke Kota Kinabalu pada 7 pagi, 14 Mac lalu tampil melaporkan diri kepada pejabat itu dengan kadar segera.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman facebook PKK Keningau kira-kira jam 11 pagi tadi, semua penumpang bas berkenaan diminta menghubungi talian 087-336494 atau 014 5689777 secepat mungkin.