Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Papar: Lima individu ditahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, selepas didapati ingkar terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.
Semua individu berusia 20 hingga 50 tahun itu ditahan di beberapa Sekatan Jalan Raya (SJR) sekitar kawasan Papar, Kinarut dan Bongawan.
Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, semua lima individu yang ditahan akan direman untuk siasatan lanjut.
“Kesalahan yang dilakukan adalah mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.3) 2020.
“Pihak PDRM IPD Papar akan terus melaksanakan tangkapan secara berterusan sekiranya masih terdapat orang awam yang ingkar akan arahan PKP Covid-19 ini,”katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Sehubungan itu, Bartholomew menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengikut arahan PKP yang dikeluarkan.
“IPD Papar berharap orang ramai dapat memberi kerjasama dan sentiasa bersabar sehingga tempoh PKP ini berakhir,”katanya.
Tamat






