Fardy Bungga
Photo & Video: CV Chong.
asiatimesrp@hotmail.com
Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sudah melakukan proses nyah kuman di 102 lokasi tumpuan sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Antara lokasi yang dinyah kuman adalah Pasar Besar Kota Kinabalu, rumah ibadah seperti masjid, surau dan gereja serta pejabat jabatan kerajaan.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman berkata, langkah itu dijadikan proses harian sejak fasa pertama PKP pada Mac lalu.
Katanya, langkah itu diharap dapat membendung penularan wabak Covid-19 terutamanya di kawasan berpotensi tinggi seperti di pasar awam.
“Kita berterima kasih kepada komuniti peniaga yang sentiasa menyokong dan membantu menjayakan program pembasmian kuman ini. Ini adalah jalinan kerjasama strategik antara DBKK dan sektor swasta.
“Sumbangan daripada pihak swasta amat penting. Mereka memberikan sokongan padu dan berterusan dari semasa ke semasa,”katanya pada sidang media selepas proses nyah kuman di Pasar Besar Kota Kinabalu, hari ini.

Nordin berkata, bahan kimia yang digunakan dalam proses pembasmian kuman ini disumbangkan oleh sektor swasta.
“Selain itu, kerjasama daripada orang awam juga amat baik sama ada dari aspek sokongan moral ataupun mematuhi arahan bagi memudahkan kakitangan DBKK menjalankan proses berkenaan,”katanya.
Sementara itu, Nordin memberitahu bahawa
DBKK masih mempunyai bekalan topeng muka dan sanitizer mencukupi sepanjang fasa empat PKP.

Proses nyah kuman yang bermula semalam dijalankan di sekitar pasar besar, Jalan Tun Fuad, Segama dan Sinsuran membabitkan 26 kakitangan DBKK.
Tamat






