Penerbangan Ihsan Bodevac.

Fardy Bungga

asiatimesrp@hotmail.com

Kota Kinabalu: Satu penerbangan ihsan bodevac membawa jenazah Konstabel Mohd Naim Ahmad Daud, 26, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Jambatan Sri Saujana, Putrajaya, khamis lalu, dihantar pulang ke Tawau, hari ini.

Penerbangan jam 12.30 tengah hari itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan tiba di Lapangan Terbang Tawau kira-kira jam 1.40 petang.

Komander PGU Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Lokman Abdul Hadi, jenazah allahyarham Mohd Naim sebelum itu tiba dari Kuala Lumpur menggunakan pesawat komersial.

“Jenazah kemudiannya diterbangkan ke Tawau melalui pesawat Cessna Caravan CE208 9M-PSQ milik PGU Pangkalan Sabah.

“Jenazah akan dihantar pulang ke kampung halamannya di Kampung Bangau-Bangau, Semporna, melalui jalan darat untuk majlis pengkebumian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Turut hadir menyambut ketibaan jenazah adalah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan  bersama rombongan dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah.

Allahyarham Mohd Naim adalah anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya yang terbabit dalam kemalangan jalanraya pada 7 Mei lalu sewaktu dalam perjalanan untuk menjalankan tugas Op Covid-19

Selepas lima hari dirawat di Hospital Putrajaya, Konstabel Mohd Naim, dilaporkan meninggal dunia pada 12.05 pagi semalam.

tamat