Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia, Harap Siasatan Dijalankan Secara Telus.


Fardy Bungga

asiatimesrp@hotmail.com.my

Kota Kinabalu: Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia, berharap siasatan yang dijalankan terhadap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony dijalankan dengan telus dan adil.

Rata-rata pemimpin persatuan KDM Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia mengakui terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tiba-tiba untuk membantu siasatan.

Timbalan Presiden KDM Malaysia, Datuk Juil Nuatim berkata, dengan senario politik semasa negara, beliau berharap tindakan SPRM itu tidak bermotifkan politik untuk memberi tekanan kepada Peter.

Katanya, walaupun tujuan siasatan masih belum jelas, namun mereka mahu ia dilakukan dengan seadil-adilnya.

“Kita terkejut apabila beliau dipanggil SPRM dan sebagai timbalan presiden, saya amat dukacita di atas siasatan ini.

“Kita tidak mahu mungkin pemimpin kita ini disalah guna diberi tekanan dengan keadaan politik sekarang ini dan mungkin tekanan itu membawa satu yang tidak baik tetapi kita harap siasatan terperinci dan tidak menjurus tekanan politik,” katanya

Hari ini, Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap hadir di pejabat SPRM jam 10.20 pagi tadi.

Beliau ditemani peguamnya Cedric Choo, Ketua Wira Warisan Sabah Datuk Mohd Azis Jamman, Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto S Padua dan ADUN Tanjung Kapor Ben Chong.

Sementara itu, siasatan dipercayai mungkin ada kaitan berhubung urusan tanah namun ada juga pihak yang mendakwa siasatan menjurus kepada konsesi pembinaan jalan bernilai RM1.5 billion.

Namun sehingga kini, pihak SPRM masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung siasatan yang dijalankan hari ini.

Tamat