Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony Dipanggil Beri Keterangan Kepada SPRM.

Fardy Bungga

asiatimesrp@hotmail.com

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony, hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di sini, hari ini.

Naib Presiden Parti Warisan Sabah itu dipanggil oleh pihak berkuasa itu dipercayai berhubung beberapa kes projek membabitkan pembinaan jalan raya di negeri ini.

Peter tiba di pejabat SPRM Kota Kinabalu jam 10.20 pagi dengan ditemani peguamnya Cedric Choo, selesai memberi keterangan pada jam 5.20 petang tadi.

Beliau yang ditemui media selepas memberi keterangan itu berkata, ia adalah proses biasa dalam memberi keterangan kepada SPRM.

Katanya, ia berikutan terdaapt laporan yang dibuat oleh pihak tertentu berhubung beberapa projek pembangunan di negeri ini

“Ini adalah keterangan mengenai beberapa projek berkaitan dengan kerajaan negeri dan pembangunan di Sabah.

“Saya bersedia untuk memberi kerjasama di masa akan datang untuk memberi keterangan sekiranya diperlukan,” katanya selepas keluar daripada pejabat SPRM Sabah, hari ini.

Sebelum ini, sebuah terdapat laporan sebuah portal tempatan mengenai pemberian kontrak daripada Jabatan Kerja Raya Sabah.

Kontrak bernilai RM1.5 bilion tanpa tender itu dikaitkan dengan Peter Anthony yang juga Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Sabah.

Tamat