Kepulangan Musa Disambut Wakil Rakyat Dan Penyokong Tegar.

Fardy Bungga

asiatimesrp@hotmail.com

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Beliau yang baru dibebaskan daripada 46 pertuduhan sebelum ini disambut beberapa wakil rakyat pembangkang di negeri ini dan penyokong tegar.

Antara yang kelihatan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu itu adalah Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) merangkap Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Arthur Joseph Kurup.

Turut berada di balai ketibaan itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai, ADUN Tamparuli Datuk Jahid Jahim.

Musa yang juga ADUN Sungai Sibuga kemudiannya menaiki kenderaan ke lokasi yang tidak diketahui.

Beberapa hari lalu, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram bekas ketua menteri terbabit.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun membuat keputusan itu selepas menerima afidavit daripada bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, yang menyokong supaya tuduhan dibatalkan.

Tamat