PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK ESSCOM DENGAN JPSM

Fardy Bungga

asiatimesrp@hotmail.com

KOTA KINABALU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), hari ini,  mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah Zainuddin Aman, di pejabatnya, di sini.

Delegasi ESSCOM diketuai Pengarah Bahagian Tindakan Awam (BTA) ESSCOM, Terry Henry bersama dua pegawai yang tiba di pejabat JPSM, jam 10 pagi tadi.

Kunjungan yang berlangsung selama dua jam itu membincangkan pelbagai isu semasa terutamanya mengenai cadangan mengadakan program sosio-ekonomi bagi membantu penduduk-penduduk pesir pantai ESSZONE.

Antara cadangan yang disuarakan adalah Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk membantu meningkat taraf kehidupan mereka dengan memberikan latihan dan kemahiran tertentu.

Itu termasuk mendedahkan mereka dengan peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi dengan kerjasama dan sokongan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Sabah.

Lawatan berkenaan yang julung kali diadakan itu merupakan peluang kerjasama strategik terbaik bagi ESSCOM dan JPSM untuk berkolaborasi dalam usaha untuk membangunkan modal insan.

Program-program sosio ekonomi itu diharap mampu memberi manfaat kepada seluruh penduduk di ESSZONE khususnya kepada penduduk-penduduk yang tinggal di PPR Taman Harmoni, Sandakan dan PPR Bubul Ria, Semporna.

Turut hadir dalam lawatan berkenaan, Timbalan Pengarah JPSM Sabah Tianinun Iting dan Ketua Penolong Pengarah BTA ESSCOM Mohd Aziz Marinsah.

Tamat