Keputusan Permohonan Semakan Kehakiman Ditetapkan 17 Ogos Depan.

Fardy Bungga

asiatimesrp@hotmail.com

pix CV Chong

KOTA KINABALU: Keputusan permohonan semakan kehakiman berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang dikemukakan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ditetapkan, 17 Ogos depan.

Penetapan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim selepas mendengar hujah peguam, Tengku Fuad Tengku Ahmad mewakili semua 33 ADUN yang diketuai Mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Turut sama berhujah pada pendengaran hari ini adalah Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan dan Peguam Besar Negeri Sabah, Brenndon Keith Soh.

Semua ADUN yang terlibat adalah Musa Aman (Sungai Sibuga), Bolkiah Ismail (Pitas), Julita Mojungki ( Matunggong), Anita Baranting (Tandek), Musbah Jamli (Tempasuk), Japlin Akim (Usukan), Jahid Jahim (Tamparuli), Hajiji Mohd Noor (Sulaman), Joniston Bangkuai (Kiulu), Kenny Chua (Inanam), Ghulam Haidar Khan (Kawang), Mohd Ariffin Mohd Ariff (Membakut).

Selain itu turut terbabit ADUN Klias, Isnin Aliasnih, Limus Jury (Kuala Penyu), Matbali Musah (Sindumin), Dr Joachim Gunsalam (Kundasang), Masidi Manjun (Karanaan), Abidin Madingkir (Paginatan), Jeffrey Kitingan (Tambunan), Robert Tawik (Bingkor), Jamawi Jaafar (Kemabong), Ellron Angin (Sook), Bobbey Suan (Nabawan), James Ratib (Sugud), Abdul Rahman Kongkawang (Labuk), Masiung Banah (Kuamut), Saddi Abdul Rahman (Sukau), Osman Jamal (Balung), Nizam Abu Bakar Titingan (Apas), Hamisa Samat (Tg Batu), Abdul Muis Picho (Sebatik), Jaffari Waliam dan Ronnie Loh (Adun dilantik).

Permohonan berkenaan meletakkan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sebagai responden pertama, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden ketiga dan kerajaan negeri selaku responden keempat.

Sementara itu, keadaan Mahkamah Tinggi Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, hari ini, berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Difahamkan, seramai 120 pegawai serta anggota dikerah untuk menjalankan kawalan keselamatan di sekitar mahkamah.

Tamat