
KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah mewujudkan Pusat Kawalan dan saluran Whatapps bagi memudahkan pemantauan di perairan negeri ini.
Komander PPM Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, pusat kawalan itu diwujudkan akan beroperasi selama 24 jam setiap hari meliputi di seluruh perairan Sabah.
Katanya, pusat kawalan berkenaan berfungsi bagi memantau semua pergerakan bot serta kapal yang mempunyai alat Sistem Pengesanan Automatik (AIS).
“Menerusi saluran ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dapat memantau setiap pergerakan bot dan kapal di perairan negeri ini.
“Ia boleh dipantau selama 24 jam setiap hari untuk sebarang tindakan termasuk penguatkuasaan serta penyelamatan dapat dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pusat Kawalan di Bahagian Gerakan Operasi PPM Wilayah 4 Sabah di IPK Kepayan, hari ini.
Turut hadir Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin.
Pada majlis berkenaan, Yusoff turut merasmikan saluran aplikasi Whatapps PPM Wilyah Empat Sabah di talian 013-283 1197 yang digunakan bagi mendekati masyarakat maritim diseluruh negeri ini.
Mohd Yusoff berkata, pusat kawalan ini bukan saja bertujuan memantau keadaan keselamatan dan kedudukan bot serta kapal di lautan malah ianya juga mampu mengesan keadaan cuaca.
Katanya, melalui saluran itu, PPM juga mampu memperolehi maklum balas secara lebih terperinci daripada persatuan nelayan terutamanya di kawasan pantai timur termasuk Lahad Datu, Semporna dan Tawau.
“Setakat ini saluran ini menunjukkan kejayaan dalam mendekati masyarakat maritim yang membantu dalam menyalurkan maklumat di kawasan masing-masing,” katanya.
Tamat






