
Kota Kinabalu: Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) akan mengambil tindakan menambah baik pagar perimeter sekeliling kandang ekshibit bagi mengelakkan kejadian berulang.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Agustine Tuuga berkata, pihak taman merancang untuk menambah dawai besi termasuk membina pagar perimeter sekeliling kandang berkenaan.
Katanya, ‘Tumba’ atau harimau dahan berkenaan akan dimasukkan semula di kandang ekshibit pameran pada minggu hadapan selepas penilaian keselamatan kandang ekshibit selesai.
“Pihak Jabatan Hidupan Liar Sabah ingin memaklumkan bahawa keadaan kini telah selamat dan memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Dalam kejadian jam 6.15 pagi semalam, Seekor Harimau Dahan (Sunda Clouded Leopard) jantan yang dilaporkan terlepas sebelum ditemui semula jam 8.45 malam tadi.
Haiwan karnivor itu berjaya ditangkap menggunakan ubat pelali selepas berjaya dikesan di sekitar taman berkenaan
Agustine berkata, Tumba kini dilaporkan dalam keadaan baik di bawah jagaan doktor veterinar dan akan ditempatkan di Klinik Taman Hidupan Liar Lok Kawi sehingga kandang ekshibitnya dibaiki.
Tamat








