JBPM Sabah Siap Sedia Hadapi PRN

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah bersiap sedia dari aspek aset dan keanggotaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Pengarah JBPM Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, persedian itu termasuk melaksanakan proses sanitasi awam di beberapa kawasan penting sepanjang PRN dijalankan.

Bagaimanapun Katanya, pihaknya masih menunggu arahan selanjutnya dari bilik gerakan operasi negeri.

“Kita bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan bagi pelaksanaan sanitasi awam di tempat pembuangan undi, kita masih menunggu arahan selanjutnya dari bilik gerakan operasi negeri.

“Kita yakin sebelum pembuangan undi dilakukan pihak bomba akan melakukan pemeriksaan dan pembersihan awam di kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Kamarulzaman berkata, pihaknya juga sedang menunggu penetapan masa dan tarikh bagi membuat sanitasi awam termasuklah di kawasan penamaan calon.

Sementara itu, Kamarulzaman memberitahu JBPM Sabah berjaya melakukan sebanyak 1037 Ops Sanitasi Awam bermula Mac lalu sehingga Ogos tahun ini.

Katanya, antara lokasi yang dijalankan adalah 316 kali di kawasan bandar serta pekan utama, 247 di pejabat kerajaan, 118 kali di pasar tani, 92 kali di kawasan bank.

“Selain itu, turut disanitasi adalah kawasan perumahan, taska, sekolah dan madrasah, kilang, pengangkutan awam, tempat ibadah serta tapak pembinaan.

Tamat