
KOTA KINABALU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kenny Chua, akan cuba mempertahankan kerusi DUN Inanam sebagai calon Bebas.
Beliau yang juga bekas Naib Pengerusi PKR Sabar berkata, keputusan itu diambil selepas rundingan dengan sebuah parti tempatan tidak kesampaian.
Kenny berkata, beliau sepatutnya bertanding sebagai calon Parti Bersatu Sabah (PBS) namun parti berkenaan tidak mengotakan janji menyebabkannya bertanding sebagai calon bebas.
Katanya, perjanjian awal, penyandang akan bertanding di kerusi yang diwakili sebelum ini, tetapi mereka tidak mengotakan janji.
“Saya akan teruskan perjuangan, lawan tetap lawan. Rekod perkhidmatan menunjukkan perkhidmatan saya kepada rakyat.
“Walau apa pun keadaannya, saya akan menyokong Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin,” katanya sebaik tiba di lokasi penamaan calon di Dewan Manggatal, di sini.

Untuk rekod, PBS meletakkan William Majimbun sebagai calon parti untuk pilihanraya kali ini.
Sementara itu, Persaingan DUN Inanam menyaksikan sebanyak 10 calon termasuk bekas ketua menteri Chong Kah Kiat daripada Parti Demokrasi Liberal, Terrence Tsen (Parti Kerjasama Anak Negeri), Regina Lim (Parti Cinta Sabah) dan Pito Galim (PKR).
Selain itu, turut bertanding bekas pengerusi MCA Sabah Francis Goh mewakili Parti Gagasan Rakyat Sabah), Mohd Hardy Abdullah (Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu) adan seorang lagi calon Bebas Achmed Noorasyrul Noortaip.
Tamat







