Kota Kinabalu: Seorang Penolong Pegawai Pendidikan di sebuah daerah di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas didapati menerima wang rasuah RM5,000.
Penolong pegawai berkenaan dipercayai menerima wang berkenaan daripada seorang kontraktor bagi melantiknya bagi menjalankan kerja Penyelenggaraan dan baikpulih bangunan yang dianggarkan bernilai RM200,000.00.
Difahamkan, lelaki berusia 42 tahun terbabit ditahan pegawai SPRM kira-kira jam 10 malam semalam sejurus menerima wang rasuah berkenaan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
“Suspek bagaimanapun sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.,” katanya.
Tamat









