KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menafikan mempunyai kaitan dengan mana-mana parti atau calon selain Warisan Plus dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
Ketua Penerangannya, Albert Bingkasan berkata, UPKO tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyalahgunakan nama parti itu.
“UPKO ambil maklum bahawa tular beberapa e-poster calon pembangkang yang memaparkan poster itu di buat oleh Ibu Pejabat UPKO.
“Kami menafikan perkara ini kerana UPKO tidak pernah mengeluarkan sebarang e-poster untuk calon selain untuk wakil UPKO sendiri.
“UPKO tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang yang mengunakan nama UPKO tanpa kebenaran,” katanya.





