Anwar Dakwa Mendapat Sokongan Majoriti Untuk Tubuh Kerajaan Persekutuan Baharu.

KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat sidang media mengejut yang mendakwa sudah mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.

Anwar berkata, beliau mempunyai jumlah mencukupi hampir dua pertiga daripada​ Ahli Parlimen daripada pelbagai parti politik tanah air.

Katanya, beliau turut mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa, namun terpaksa ditangguhkan berikutan DYMM kini sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Alhamdulillah kini saya dapat sokongan yang​ kukuh dan meyakinkan daripada​ Ahli-ahli Parlimen untuk dipersembahkan kepada​ Yang di-Pertuan Agong.

“Dengan sokongan dan majoriti kukuh​ dan meyakinkan, pada​ saat ini kerajaan​ Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin jatuh,” katanya pada sidang media di ibu negara, hari ini

Anwar berkata, sokongan terhadapnya amat kukuh dan menyakinkan namun enggan mendedahkan bilangan Ahli Parlimen yang menyokong beliau.

Tamat