Hajiji Dilantik Ketua Menteri Sabah


KOTA KINABALU: Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, dipilih sebulat suara untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Beliau berkata demikian pada sidang selepas perjumpaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang membabitkan PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Dalam Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16), GRS berjaya memenangi 38 kerusi selepas hari pengundian yang dijalankan diseluruh negeri, Sabtu lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah berkata demikian ketika ditemui pemberita di sini, sebentar tadi.

Untuk rekod, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membabitkan Barisan Nasional (BN), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Perikatan Nasional.

Sementara itu, acara angkat sumpah dijangka akan diadakan pada jam 10.30 pagi esok di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, Istana Negeri Sabah.

Tamat