Sukarelawan Kebajikan Sabah dengan kerjasama Lion Club of KK Sutera menyumbang Bantuan Bakul Makanan

Saya sebagai Sukarelawan Kebajikan Sabah dengan kerjasama Presiden Lion Club of KK Sutera, Puan Callee Tan Kai Lee serta AJK Club itu telah menghulurkan sebanyak 90 Bantuan Bakul Makanan kepada keluarga yang terjejas dalam kekurangan kemampuan untuk membeli barang keperluan harian akibat kehilangan pekerjaan atau gaji di potong atau pelbagai lagi. Seramai 90 penerima bantuan itu terdiri daripada golongan warga emas, ibu dan bapa tunggul dan OKU bagi pihak keluarga yang miskin dan susah yang tinggal di Kg. Sinulihan, Inanam dan Kg. Pekan Menggatal dan Kg. Padas Baru Tebobon, Menggatal di mana penyerahan di buat oleh Presiden Lion Club of KK Sutera serta AJK Club itu.

Sepanjang pengagihan bantuan itu oleh Lion Club itu, kami serta semua penerima bantuan itu telah mematuhi SOP bagi PKPB supaya semua kami ini sentiasa di lindungi daripada wabak Covid-19 ini.

Kami di fahamkan bahawa kesemua penerima bantuan itu belum pernah menerima Bantuan Bakul Makanan daripada mana-mana pihak termasuk Kerajaan sejak PKPB di kuatkuasakan pada 12 Oktober lagi. Namun begitu, kami juga di fahamkan bahawa ada beberapa orang kampung tersebut telah menghubungi pihak DBKK yang tersebar maklumat di sosial media untuk memohon bantuan itu daripada Kerajaan tetapi setakat ini, mereka belum mendapat respon positif daripada pihak DBKK dan mereka pun tidak tahu sama ada mereka layak menerima atau tidak tetapi mereka amat memerlukan bantuan seperti itu.

Ternyata kegembiraan wajah mereka yang menerima bantuan itu daripada sumbangan ikhlas Lion Club of KK Sutera yang sudi beri ruang prihatin untuk meringankan beban kekurangan keperluan harian barang makanan terhadap keluarga mereka yang miskin lagi susah.