Kota Marudu: Seorang lelaki berusia 60 tahun ditahan polis selepas dipercayai mencabul cucu dirumahnya di Jalan Pekan Lama, di sini, semalam.
Kelakuan jijik lelaki itu disedari bapa mangsa yang kemudiannya membawa anaknya berusia 5 tahun terbabit membuat laporan polis, kira-kira jam 4 petang.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan polis dikerah ke lokasi kejadian dan terus menahan suspek.
Katanya, siasatan awal mendapati, kejadian disedari bapa mangsa selepas terdengar suara anaknya yang mengadu ‘sakit’ ketika melalui bilik mertuanya.
“Bapa mangsa terus masuk dalam bilik dan melihat mangsa berada di atas badan suspek dalam keadaan separuh bogel.
“Dalam masa yang sama, suspek turut dilihat menggosok kemaluan mangsa dengan menggunakan jari,”katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Izaan berkata, suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Tamat







