132 Pala’u Ditempatkan Ke Agensi Berkaitan.

Kota Kinabalu: Seramai 132 komuniti Pala’u berjaya ditempatkan ke agensi berkaitan untuk keselamatan dan menyelesaikan kegusaran awam berhubung kehadiran mereka di bandaraya ini, semalam.

Operasi yang diadakan seawal jam 8.30 pagi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip berkata, berikutan kehadiran mereka tular di media sosial, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan kemanusiaan dengan melancarkan operasi Ops Bangau.

Katanya, operasi berkenaan dijalankan di kawasan Sembulan serta Inanam dan akan diteruskan sehingga 7 Mac depan.

“Dalam operasi ini, kita berjaya mengumpulkan 132 individu membabitkan 39 lelaki, 38 wanita, 39 kanak-kanak serta 13 orang bayi.

“Warga pelauh ini dikumpul dan diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dihantar ke Depo Imigresen untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Noorliza berkata, sepanjang tempoh pengasingan itu, warga pelauh akan  ditempatkan di penempatan sementara bagi menunggu keputusan saringan Covid-19.

Tamat.