KOTA KINABALU: “Perikatan Nasional (PN) Sabah, terbuka dengan cadangan Parti Liberal Demokratik (LDP) untuk menyertai gabungan ini” tegas Pengerusi PN Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, perkara itu akan dipertimbangkan sebaiknya apabila tiba masanya kelak.
Katanya, apa yang paling penting sekarang adalah untuk PN terus kukuh dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menyatukan dan membela rakyat.
“Kita terbuka dengan cadangan itu dan sudah tentu kita akan pertimbangkan apabila tiba masanya nanti,” kata ketika ditemui media selepas merasmikan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) di sini, hari ini.
Hajiji berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan LDP yang menyatakan Majlis Tertinggi parti berkenaan meluluskan usul parti berkenaan menyertai PN.
Semalam, Presiden LDP Datuk Chin Su Phin berkata, parti itu membuat keputusan untuk menyertai PN.
Katanya, ia dibuat selepas melihat kesungguhan PN yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat terutama ketika pandemik COVID-19.
Tamat









