Kota Kinabalu: Persatuan Berbasikal Kota Kinabalu (CAKK) sekali lagi sebulat suara memilih Eric Yee sebagai presiden persatuan berkenaan bagi sesi 2021-2022.
Keputusan itu dibuat oleh semua 20 ahli jawatankuasa CAKK dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-6 persatuan berkenaan di Hotel Holiday Park, di sini, Ahad lalu.
Setiausaha persatuan berkenaan, Patrick Wong berkata, semua ahli jawatankuasa bersetuju mengekalkan kepimpinan sedia ada persatuan bagi meneruskan agenda membangunkan sukan berbasikal di daerah Kota Kinabalu dan Sabah secara amnya.
Katanya, selain itu, persatuan turut bersetuju untuk melantik dua ahli sebagai barisan Jawatankuasa terbaru iaitu Anthony Wong dan Simon Yap.
“Kita mengharapkan dengan jawatankuasa yang ada kali ini akan dapat membantu memajukan lagi persatuan dan menarik lebih ramai penggemar sukan berbasikal di negeri ini.
“Setakat ini, kita mempunyai hampir 150 ahli yang menyertai persatuan dan aktif dalam aktiviti berbasikal di seluruh negeri, ” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Patrick berkata, CAKK berharap, dua acara tahunan yang diadakan sebelum ini juga iaitu MTB XC Challenge dan Century Cycling Race akan dapat dianjurkan tahun ini.
Katanya, ini berikutan kedua-dua acara berkenaan terpaksa ditangguhkan sejak tahun lalu disebabkan pandemik Covid-19.
“Objektif utama persatuan adalah untuk menarik lebih ramai ahli masyarakat untuk menyertai sukan ini menerusi penganjuran pertandingan tahunan berkenaan.
“Sebelum ini, penyertaan yang kami terima bukan saja dari dalam negeri tetapi juga peserta dari Sarawak, Semenanjung Malaysia, Negara Brunei Darussalam, China serta United Kingdom (UK),” katanya,
Tamat







