Kudat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk 4,000 kotak rokok bernilai RM29.6 juta, di perairan Kudat, di sini, 5 Mei lalu.
Semua rokok jenama Cannon Menthol 100’s itu dirampas daripada sebuah kapal kargo bersama seramai 13 kru kapal membabitkan lelaki warganegara India, Sri Lanka dan Indonesia yang turut ditahan.
Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, kapal kargo itu berjaya dikesan kira-kira 1 batu nautika barat daya Pulau Molleangan Kecil, di sini, hasil maklumat risikan dan pengesanan radar SWASLA Sabah.
Katanya, kapal kargo yang berdaftar di UIaanbaatar, Mongolia itu kemudiannya berjaya dipintas untuk pemeriksaan lanjut.
“Hasil pemeriksaan mendapati, kapal berkenaan bergerak dari Ho Chi Minh, Vietnam menuju ke daerah Sandakan.
“Jumlah keseluruhan rampasan termasuk kapal yang disita dianggarkan bernilai RM34.6 juta,” katanya pada sidang media di Pejabat Zon Maritim Kudat, di sini, hari ini.
Boon berkata, kapal kargo dan semua akan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967, “katanya.
tamat.







