SSACEIF Dalam Tempoh Wabak: Pencapaian Jalinan Bekalan dan Permintaan Global Melalui Teknologi Awan

Ekspo Komoditi dan Pameran Pelaburan Asia Selatan & Tenggara 2021 (South & Southeast Asia Commodity Expo and Investment Fair 2021, selanjutnya disebut sebagai SSACEIF) telah berakhir pada 29 hb. Sepanjang tempoh lima hari pameran atas talian tersebut dijalankan, sejumlah 27,929 pihak peserta pameran dan 11,693 pihak pembeli bersama-sama mencari peluang perniagaan untuk bekerjasama dan mencapai jalinan bekalan dan permintaan melalui teknologi awan.

Bagi pihak perusahaan, pelbagai pameran yang dijalankan merupakan salah satu sumber sebilangan besar pesanan baru kepada mereka. Walaupun dihadapi cabaran wabak Covid-19, SSACEIF 2021 tidak dihentikan. Pameran tradisional ini memilih untuk dijalankan secara atas talian melalui teknologi awan untuk kali pertama, yang mengatasi sekatan-sekatan seperti wilayah, masa, ruang jarak dan kos, memenuhi keperluan pihak-pihak perusahaan untuk mengembangkan pasaran mereka.

Menurut laporan, jumlah pihak peserta pameran yang mendaftar untuk pameran atas talian tersebut telah mencapai 27,929, manakala jumlah pihak pembeli telah mencapai 11,693. Lapan negara Asia Selatan termasuk India, Pakistan dan Sri Lanka, serta 11 negara Asia Tenggara termasuk Laos, Thailand dan Vietnam semuanya telah menyertai pameran tersebut. Terdapat juga peserta pameran dari Hong Kong China, Makao China, Taiwan China, Jerman, Chile, Perancis dan negara-negara lain.

Dalam pameran tersebut, enam dewan pameran bertema atas talian telah khas ditubuhkan, termasuk Dewan Wilayah, Daerah dan Bandar China, Dewan Luar Negara, Dewan Kerjasama & Pelaburan, Dewan Tenaga Hijau, Dewan Destinasi Hidup Sihat, dan Dewan Makanan Hijau, yang melibatkan siaran promosi produk secara langsung, perundingan atas talian, penandatanganan secara elektronik, promosi logistik dan bentuk-bentuk aktiviti yang lain.

Demi mengurangkan kerugian akibat wabak, Encik Anura, seorang pengusaha dari Sri Lanka, kekal mencari saluran penjualan yang baru. Beliau amat menghargai peluang untuk menyertai pemeran atas talian dalam SSACEIF 2021 ini. “Disebabkan wabak, kami tidak dapat menuju ke China untuk menyertai pameran di sana. Pameran atas talian dapat membawa pesanan baru kepada kami, serta mengekalkan hubungan atas talian dengan rakan Kerjasama yang berminat untuk membeli produk kami,” kata beliau.

Sama seperti Encik Anura, Dewan Perniagaan Turki juga memandang berat terhadap pameran atas talian kali ini. Menurut Encik Qinan Ma, anggota kakitangan pihak China di Turki, Dewan Perniagaan tersebut telah menghantar sebanyak 20 perusahaan Turki untuk menyertai pameran tersebut pada tahun ini. Setelah menyertai pameran tersebut, para pengusaha Turki turut mengatakan bahawa pameran atas talian tersebut telah melebihi jangkaan mereka. “Pada masa depan, Dewan Perniangaan Turki dan pihak peserta pameran akan berusaha untuk mengikuti tren baru ‘siaran promosi produk secara langsung’ dan ‘digitalisasi’,” kata beliau.

Sementara hampir 40,000 pihak peserta pameran dan pihak pembeli berinteraksi secara aktif melalui teknologi awan, aktiviti-aktiviti siaran langsung seperti Siaran Langsung Konsul, Siaran Langsung Selebriti dan Siaran Langsung Pihak Pameran turut menerima sambutan yang hangat. Lebih daripada 1,370 siaran langsung e-dagang telah diadakan sepanjang tempoh lima hari pameran tersebut.

Di dalam bilik siaran langsung, Do Quoc Huong, Konsul Komersial dari Konsulat Jeneral Republik Sosialis Vietnam di Kunming, telah memperkenalkan produk khas Vietnam seperti keropok udang, kopi Saigon, bihun mudah masak dan madu asli kepada para penonton. Beliau juga mempersembahkan nyanyian dan talian khas serta tutorial memasak makanan Vietnam dalam tempoh siaran langsung. Menurut beliau, walaupun wabak Covid-19 telah memberi kesan yang agak besar kepada perdagangan antara Vietnam dan China, namun pameran atas talian SSACEIF dapat membantu perusahaan Vietnam dalam meningkatan eksport produk mereka ke pasaran luar negara, dan menjadi platform yang amat penting untuk perdagangan antara Vietnam dan China, terutamanya antara Vietnam dan Yunnan.

Dalam siaran langsung Konsulat Malaysia, Encik Faisal, Konsul Jeneral Persekutuan Malaysia di Kunming, mengatakan, “Sementara untuk mempromosikan Malaysia, juga berusaha untuk mengeratkan kerjasama antara Malaysia dan China, terutamanya dengan Yunnan. Kami menantikan kerjasama secara komprehensif dengan Yunnan dalam bidang-bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pertanian, pelancongan, interaksi budaya, pendidikan tinggi, perniagaan dan e-dagang, tenaga baru dan tenaga boleh diperbaharui, serta infrastruktur.”

Dalam tempoh lima hari ini, pelbagai produk berkualiti tinggi telah dipilih, pelbagai jenama premium telah dikenali, dan pelbagai usaha kerjasama telah dicapai. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk padanan secara pintar, siaran promosi produk secara langsung, mesyuarat atas talian, khidmat pelanggan secara pintar, perundingan atas talian, penandatanganan secara elektronik, promosi logistik dan banyak lagi. Dalam tempoh penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia, pameran atas talian SSACEIF 2021 telah membekalkan platform yang pintar dan cekap untuk aktiviti-aktiviti ekonomi dan perdangan antara perusahaan-perusahaan dari negara-negara tersebut. Pameran kali ini turut menyumbang kepada kerjasama antara negara-negara dalam mengatasi wabak dan memulihkan ekonomi.

Seterusnya, pameran atas talian SSACEIF akan mengekalkan operasi secara normal selama 365 hari melalui “Platform Digital Ekspo China-Asia Selatan (China-South Asia Exposition)” untuk membekalkan perkhidmatan tanpa gangguan kepada para peserta yang berdaftar untuk pameran tersebut. Para pedagang dan perusahaan tetap boleh mencari peluang kerjasama dan manfaat bersama-sama pada platform atas talian yang luas ini.