Kota Kinabalu: Perhubungan penduduk di daerah Keningau dan Tambunan terputus selepas jalan utama menghubungkan dua daerah berkenaan mendap dan runtuh.
Berdasarkan beberapa gambar yang tular di laman sosial facebook sejak pagi tadi memaparkan, jalan itu berbahaya untuk dilalui sebarang kenderaan.
Kerosaka jalan berkenaan dipercayai berlaku akibat tanah mengelongsor berikutan keadaan cuaca hujan lebat berterusan.
Beberapa netizen di media sosial bagaimanapun menyatakan pengguna jalan boleh menggunakan jalan alternatif menerusi Jalan Bunga Raya untuk ke Jalan Liau Darat untuk pergi kedua-dua daerah.
Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor ketika diminta mengulas kejadian itu berkata, beliau akan menghubungi Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai perkara itu.
Katanya, beliau akan meminta JKR untuk membaiki jalan berkenaan secepat mungkin untuk kemudahan pengguna jalan di kawasan berkenaan.
“Saya akan berhubung dengan pengarah JKR untuk ambil tindakan,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Tamat






