Ranau: Penduduk Kampung Mohimboyon, di sini, terputus hubungan selepas jambatan utama kampung berkenaan runtuh, semalam.
Dalam insiden kira-kira jam 4.30 petang itu, kejadian dipercayai akibat arus deras sungai namun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 5.05 petang.
Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau dikerah ke lokasi berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan.
“Kejadian membabitkan jambatan laluan utama penduduk di Kampung Mohimboyon yang runtuh akibat arus deras sungai.
“Pasukan bomba bertindak membuat pemeriksaan dan pemantauan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, pasukan operasi terus memasang sawar-sawar bagi menutup laluan jambatan berkenaan agar tidak dilalui oleh penduduk kampung.
Tamat





![[廣知識] 粵語普通話常用表達:時間篇](https://www.asiatimes.com.my/wp-content/uploads/2022/01/v5-100x70.jpg)


