KG PIMPING (Membakut): Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak-Anak Pimping (PAPIM) yang diketuai oleh Pengerusinya, Haji Ahmad Dipong menyerahkan sumbangan wang tunai dan beras sumbangan BERNAS kepada dua orang ibu bapa ahli yang sakit dan baru keluar dari hospital di sini pada hari kedua Hari Raya Aidilfitri.
Kunjungan Ziarah Aidilfitri itu turut disertai oleh Penolong Setiausaha, Nor Isham Narawi, Bendahari Ag Kassim Hj Ismail , Penolong Bendahari, Ag Ghazali Ag Ghani @Tuan Carlos Tcm, Ketua Penerangan, Hj Amin Hj Muin dan AJK yang juga Ketua Biro Sukan, Ali Omar Salleh.
Kunjungan bermula jam 10 pagi itu dimulakan dengan menziarahi ibu kepada ahli PAPIM, Abu Bakar Kassim, Hajah Dg Tuah Ag Putra di Kg Tambing Pimping, yang baru keluar dari QEH1 kerana keratakan tulang pinggul.
Sumbangan diterima oleh anaknya Tahir Kassim bagi pihak ibu mereka disampaikan oleh Nor Isham Narawi .
Hj Ahmad berkata pemimpin PAPIM tidak dapat ziarah semasa di QEH kerana kekangan masa AJK PAPIM dan mengambil kesempatan untuk ziarah di Aidilfitri.
Jainah Kassim dalam ucapan ringkasnya mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan PAPIM atas sumbangan dan kunjungan itu.
Ziarah diteruskan ke Kg Jambo Saga-Saga untuk ziarah bapa kepada seorang lagi ahli PAPIM, Ali Omar yang ayahnya Omar Saman juga sedang mendapatkan rawatan di Hospital Likas dan Beaufort.
Sumbangan wang tunai dan beras disampaikan oleh Ag Ghazali Ag Ghani @Tuan Carlos.
Ali dalam ucapan ringkasnya juga mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbang wang tunai, beras dan kunjungan tertinggi pemimpin PAPIM.
Ini adalah sumbangan kelima yang disampaikan oleh PAPIM setakat April tahun ini kerana semasa puasa Ramadan, PAPIM juga menyampaikan sumbangan kepada Naib Pengerusi PAPIM semasa hendak menunaikan umrah dan semasa kembali dari umrah.
PAPIM juga menyampaikan sumbangan kepada Hajah Dg Rayanih Ag Hamit yang menunaikan umrah baru-baru ini.
Hj Ahmad berkata PAPIM sememangnya memberikan penekanan kepada kebajikan ahli yang berdaftar sahaja. Dari itu beliau meminta anak-anak Pimping yang belum menjadi ahli supaya menyertai badan kebajikan dan amal ini.
Beliau mengumumkan PAPIM akan mengehadkan hanya untuk 100 ahli saja. PAPIM kini mempunyai seramai 70 orang ahli berdaftar. PAPIM yang didaftarkan pada 2022 telah banyak mengadakan pelbagai aktiviti, kebajikan,amal dan keagamaan serta sosial.
Selepas menyerahkan sumbangan AJK PAPIM berkesempatan membuat Kunjungan Aidilfitri ke rumah Pengerusi, melawat tempat Pertandingan Gual Beduk dan Dart PAPIM yang akan diadakan di Perkarangan Masjid Assa’adah Kg Pimping bermula jam 9 pagi Rabu lalu. – Oleh HJ MOHD AMIN HJ MUIN.






-100x70.jpg)

