KOTA KINABALU: Seramai 152 mantan staff Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah (Ex BTPN) menghadiri Majlis Reunion dan Sambutan Aidil Fitri Mantan Staff (Ex-BTPN) Sabah Pertama 2025 yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negeri 12 April lalu.
Program yang mendapat sambutan menggalakkan itu dirasmikan Ahli Parlimen Tuaran, merangkap Pengerusi Sabah Electricity,Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang diwakili oleh Mohd Fairuz Bandar.
Kebanyakan peserta yang hadir adalah pesara dan yang masih berkhidmat di beberapa sektor Jabatan Pendidikan Sabah dan sekolah.
Program ini bertujuan menemukan semula mantan staff BTPNS dalam suasana Hari Raya Aidil Fitri.
Matlamatnya adalah menubuhkan Kelab Ex-staff BTPN Sabah sebagai wadah pengikat silaturahim sesama peserta, kata pengerusi penganjur, Haji Shamiun Salleh.
“Dahulu sewaktu BTPN masih wujud, majlis ini diadakan setiap tahun, tetapi apabila BTPN dijumudkan program ini tidak dapat diadakan kerana tiada lagi yang mahu menganjurkannya,” katanya.
Menurutnya, selepas ini kita merancang untu membentuk sebuah badan kebajikan dan berusaha untuk mendapàtkan dana untuk mengadakan program kunjungan dan sumbangan kepada mantan staff yang kurang sihat.
Beliau berharap, majlis itu tidak berakhir setakat itu dan moga ada kesinambungan pada masa akan datang,
Selain persembahan nyanyian, majlis itu turut diserikan dengan cabutan tiket bertuah dengan pelbagai hadiah menarik, sederhana tetapi bermakna.





