Ribuan hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Kota Marudu
KOTA MARUDU: Masyarakat berbilang kaum disaran agar mengukuhkan hubungan silaturahim dan semangat perpaduan kaum di antara satu dengan yang lain tanpa mengambil kira status mereka, kata Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Wetrom Bahanda.
Wetrom yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandau mengucapkan rasa syukur kerana masyarakat berbilang kaum dan anutan agama di daerah ini sentasa hadir dan memeriahkan pelbagai perayaan yang diadakan.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh masyarakat di daerah ini khasnya negeri Sabah amnya atas kehadiran mereka menjayakan Majlis Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2025 anjuran Pejabat Parlimen Kota Marudu di Dewan Komuniti dekat sini baru-baru ini.
Majlis itu dihadiri ribuan anggota masyarakat berbilang kaum khususnya dari Kota Marudu dan sekitarnya.
Pelbagai acara diadakan dalam majlis itu selain beberapa persembahan tarian oleh pelajar-pelajar dari SMK Tandek.
Turut menghibur artis tempatan terdiri dari Sitipah Jahamin, penyanyi popular Abu Bakar Ellah @ Ampal dan John Samud.
Selain itu, dalam majlis itu juga, Wetrom dan isteri Datin Doreen Yubing menyampaikan duit raya kepada lebih 500 orang kanak-kanak.
Hadir sama, Ahli Parlimen Kudat Dato’ Verdon Bahanda dan isteri, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Redonah Bahanda, Pegawai Daerah Kota Marudu Meiren Sugara mengetuai Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan Kota Marudu dan Penolong Pegawai Daerah Matunggong Josely Taising.
Turut kelihatan, Pemangku Presiden KDM Presilla Peter, Ketua Penyelaras Parti KDM DUN Bandau Jaiping Minsu, Ahli Majlis Tertinggi KDM Pusat Datuk Alimuddin Kaida, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Tionghua Kota Marudu, Datuk Goh Wak Kheng







