Oleh JOHN TAMBANAN
KOTA KINABALU: Sempena sambutan Kaamatan, Petronas baru-baru ini menyumbang barangan cenderamata korporat sebagai sebahagian daripada pakej hadiah bagi pemenang pertandingan sukan tradisional Kaamatan peringkat negeri.
Acara anjuran Lembaga Sukan Sabah itu berlangsung dari 24 hingga 25 Mei di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Bahang, Penampang.
Antara kategori sukan yang ditampilkan ialah gusti lengan, melastik, dan menyumpit.
Pengurus Besar Pejabat Wilayah Petronas Sabah dan Labuan Siti Ayu Abdul Wahab berkata, sukan merupakan satu daripada platform terbaik untuk menyatukan masyarakat, lebih-lebih lagi apabila ia turut membantu memelihara tradisi Kaamatan.
“Kami berbesar hati dapat memainkan peranan dalam mengekalkan tradisi ini,” katanya.
Pelajar yang menghadiri majlis itu turut berpeluang mendengar perkongsian tentang program latihan kemahiran dan penajaan yang ditawarkan Petronas termasuk di Pusat Latihan Petroleum Kimanis dan Institut Teknologi Petroleum Petronas.
Mereka juga menghadiri sesi perkongsian kerjaya oleh kakitangan Petronas.

penganjur sukan tradisi Kaamatan peringkat negeri
Sabah 2025.








