KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Isnin.
Majlis yang bermula pada pukul 4.00 petang itu didahului dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku sebelum Timbalan Mufti Sabah Abd. Razak Hamdin memimpin bacaan doa.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag turut hadir bersama Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya dan jemaah menteri dalam jamuan di Dewan Seri Kinabalu.
Hadir sama dalam majlis tersebut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Seri Rosli Isa.-Penerangan.










