KGKS wakili Sabah ke kejohanan KESUKES di Pulau Pinang Ogos depan

KOTA KINABALU: Pasukan Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) akan mewakili Jabatan Hal Ehwal Sekerja Negeri Sabah (JHEKS) ke Kejohanan Kesatuan Sekerja Tahun 2025 Piala Menteri Sumber Manusia (KESUKES) di Universiti Sains Malysia, Pulau Pinang selama dua hari bermula 8 Ogos depan.
Pemilihan KGKS itu dibuat susulan kejayaan pasukan itu menjuarai ketiga-tiga acara yang dipertandingkan sempena Kejohanan Sukan Piala Pengarah Jabatan Hal Ehwal Sekerja Negeri Sabah (JHEKS) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu pada Sabtu.
Antara pertandingan yang diadakan itu ialah Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah, Pertandingan Badminton dan Bola Jaring.
Dalam pertandingan akhir bola sepak, pasukan KGKS berjaya menewaskan Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Port Sdn Bhd 1-0 hasil jaringan cantik Pascalis George Odis.
Pasukan badminton KGKS turut mempamerkan persembahan memberangsangkan, mengetepikan pasukan Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Port Sdn Bhd dengan keputusan 3-2.
KGKS melengkapkan penguasaan apabila pasukan itu secara automatik menang tanpa bertanding.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) Riduan Mohd Yassin, menzahirkan ucapan syukur kerana pasukannya terpilih mewakili JHEKS Sabah dalam Kejohanan KESUKES.
Turut hadir menyaksikan kejohanan JHEKS ialah Ahmad Sharizat Amrin , Pegawai Jabatan Hal Ehwal Sekerja (JHEKS) Sabah.- JT

WAKILI SABAH …. Pasukan KGKS akan mewakili JHEKS ke Kejohanan Kesatuan Sekerja Tahun 2025 Piala Menteri Sumber Manusia (KESUKES) di USM Pulau Pinang Ogos depan.