Remaja ditemukan lemas di sungai Kg Delayan Sook

Oleh FARDY BUNGGA


SOOK: Seorang remaja berusia 18 tahun ditemui lemas di sungai dalam kejadian di Kampung Delayan, di sini, malam Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, Faisal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8.41 malam.
Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi, terdapat seorang mangsa lemas di Sungai Sook yang telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba di tempat kejadian.
“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut hadir membantu di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, kelmarin.
Menurutnya, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.55 malam.

PERIKSA …. Pasukan KKM menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa.