Christina serah bantuan makanan

PENAMPANG: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Christina Liew, diwakili Datin Dr. Cleopatra @ Clare Asing, Timbalan Setiausaha Tetap II, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) menyempurnakan majlis penyerahan sebanyak 800 bungkusan makanan kepada mangsa banjir dan tanah runtuh serta petugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.
Sumbangan ini merupakan usaha Kerajaan Negeri dalam menzahirkan keprihatinan dan solidariti terhadap komuniti yang terjejas akibat bencana.
Bantuan makanan yang disalurkan bertujuan untuk meringankan beban mangsa di samping memberi penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang terus berkhidmat dengan penuh dedikasi demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Penyerahan ini telah disampaikan kepada Noemi Dyena John Tren, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Penampang, sebagai wakil penerima pusat bencana.-JT

SUMBANGAN ….. Dr Cleopatra (ketiga dari kanan) sedang menyampaikan bungkusan makanan kepada Noemi.