Dr William terima kunjungan hormat KEPTAKES

KOTA KINABALU: Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Malaysia (KEPTAKES) telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr William Gotulis, di ibu pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, pada Isnin (6 Oktober 2025).
Jurucakap KEPTAKES, Januarius Majalap @ Jacob, yang juga Penaja Pengerusi Kesatuan Kesatuan Pembantu Tadbir Sabah berkata, kunjungan itu bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak serta membincangkan isu dan hala tuju pembantu tadbir di Sabah, mendapat pandangan dan sokongan yang boleh dilaksanakan bersama demi manfaat bersama.
Sementara itu, Dr William menyambut baik kunjungan tersebut dan menekankan kepentingan kerjasama erat serta menjalinkan kerjasama khusus berkaitan kepentingan penyampaian perkhidmatan awam termasuklah kebajikan anggota.
Presiden KEPTAKES, Haji Zainudin Daud berkata, kunjungan itu merupakan langkah penting dalam mempereratkan hubungan profesional dan membuka peluang baharu untuk masa depan semua anggota pembantu tadbir seperti pembangunan program latihan, pertukaran maklumat, termasuklah roadshow supaya pembantu tadir menyertai kesatuan sekerja di Sabah, Sarawak termasuklah Semenajung Malaysia.
Turut hadir Timbalan Pengarah Kesihatan (Pengurusan) Jasnawati Jasmin serta ahli jawatankuasa KEPTAKES dan serta ahli jawatankuasa penaja kesatuan di Sabah.-JT

ALBUM…Haji Zainudin mengetuai rombongan KEPTAKES bergambar kenangan bersama Dr William, Jasnawati serta Januarius.