Oleh WU VUIDE
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan insentif Kerajaan Negeri sebanyak RM5,000 kepada atlet muaythai Sabah, Emmabell Cassandra sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlangnya di pentas antarabangsa.
Sumbangan tersebut diserahkan dalam satu majlis di bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah.
Hajiji turut merakamkan ucapan tahniah serta menyatakan rasa bangga atas kejayaan Emmabell yang mengharumkan nama Sabah dan negara selepas menjuarai kategori wanita Kejohanan Byon Combat Showbiz 7 yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat lalu.
Menurut beliau, kemenangan itu membuktikan keupayaan atlet Sabah untuk bersaing dan cemerlang di peringkat antarabangsa, sekali gus menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk menceburi bidang sukan.
Majlis penyampaian turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan serta Pembangunan Usahawan Sabah, Nizam Abu Bakar Titingan; Setiausaha Tetap, Mandur Asun; serta Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Juil Nuatim.

Hajiji menyampaikan insentif kepada Emmabell (empat dari kiri).








