KOTA KINABALU: Hospital Lahad Datu yang kini berstatus hospital berpakar minor sedang menjalani kerja awalan menaik taraf melibatkan pembaikan struktur bangunan.
Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Rina Jainal berkata, ia sejajar komitmen kerajaan menerusi pelaksanaan kerja naik taraf fasiliti dan perolehan aset perubatan baharu secara berfasa bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat di Pantai Timur Sabah.
Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Rina Jainal berkata, Hospital Lahad Datu yang kini berstatus Hospital Berpakar Minor sedang menjalani kerja awalan menaik taraf yang melibatkan pembaikan struktur bangunan.
“Selain penambahbaikan infrastruktur, penggantian, penambahan dan perolehan aset perubatan baharu turut dilaksanakan secara berperingkat bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pesakit,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negderi (ADUN) Silam, Datuk Dr Mohammad Yusof Apdal yang bertanya apakah langkah proaktif kementerian bagi mempertingkatkan fasiliti rawatan pakar dan aset perubatan di Hospital Lahad Datu bagi menampung keperluan populasi penduduk yang semakin meningkat.
Rina berkata, Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) komited untuk terus menambah baik fasiliti kesihatan di Hospital Lahad Datu agar mampu menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah,” katanya.
Mengulas soalan tambahan berhubung jurang penempatan doktor pakar kritikal antara Pantai Barat dan Pantai Timur Sabah, Rina berkata, kerajaan masih belum mempunyai angka terperinci mengenai ketidakseimbangan tersebut.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan sentiasa mengambil maklum keperluan setiap daerah termasuk dari segi penyediaan aset dan peralatan perubatan moden.
“Di kawasan luar bandar, kita memberi tumpuan mengikut keperluan daerah masing-masing. Sebagai contoh, Hospital Tawau akan dibekalkan dengan aset dan mesin berkeperluan tinggi seperti PET Scan serta peralatan lain yang diperlukan.
“Namun, cabaran terbesar yang kita hadapi bukan semata-mata kekurangan aset perubatan, tetapi lebih kepada isu kekurangan tenaga kerja dan doktor pakar,” katanya.
Rina berkata, kerajaan secara konsisten melaksanakan penambahbaikan fasiliti serta infrastruktur kesihatan, namun usaha itu perlu diseimbangkan dengan penambahan kakitangan bagi memastikan kemudahan yang disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.-John Tambanan.

Foto – Rina Harun





