Jasa pahlawan benteng jati diri bangsa – Mohd Ishak

KENINGAU: Kemerdekaan yang dinikmati hari ini bukan sekadar catatan sejarah, sebaliknya hasil keberanian, pengorbanan dan kesetiaan para pahlawan yang sanggup berada di barisan hadapan demi mempertahankan tanah air.
Sempena Hari Pahlawan, Pembantu Menteri Kewangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Dato’ Mohd Ishak Ayub, menyeru semua lapisan masyarakat terus mengenang jasa pahlawan serta menjadikan semangat cinta akan negara sebagai asas membina Sabah yang aman, maju dan sejahtera.
Beliau berkata penghargaan terhadap perjuangan pasukan keselamatan dan pahlawan negara tidak seharusnya terhenti pada majlis peringatan, sebaliknya diterjemahkan melalui tanggungjawab bersama memelihara keharmonian, perpaduan dan keamanan yang diwariskan kepada generasi hari ini.
“Bangsa yang mengenang jasa pahlawan tidak akan pernah hilang jati dirinya,” katanya.
Menurutnya, keberanian mereka yang mempertaruhkan nyawa demi kedaulatan negara menjadi peringatan bahawa keamanan yang dikecapi hari ini tidak datang tanpa pengorbanan.
Katanya, di sebalik ketenteraman yang dinikmati, terdapat kisah pengorbanan anggota keselamatan, keluarga mereka serta generasi terdahulu yang meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
Mohd Ishak turut mengajak rakyat meneladani semangat patriotisme itu dengan memperkukuh perpaduan, saling menghormati serta bersama-sama menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan Sabah selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya dan semangat Malaysia Madani.
Beliau berkata Hari Pahlawan bukan sekadar ruang mengenang sejarah, tetapi peringatan kepada semua pihak mengenai tanggungjawab memelihara keamanan yang telah dipertahankan dengan pengorbanan dan air mata.
“Sesebuah bangsa mungkin boleh maju melalui pembangunan, namun hanya bangsa yang tidak melupakan pengorbanan pahlawannya akan benar-benar memahami dari mana datangnya kebebasan dan mengapa ia perlu terus dipertahankan,” katanya.KENINGAU: Kemerdekaan yang dinikmati hari ini bukan sekadar catatan sejarah, sebaliknya hasil keberanian, pengorbanan dan kesetiaan para pahlawan yang sanggup berada di barisan hadapan demi mempertahankan tanah air.
Sempena Hari Pahlawan, Pembantu Menteri Kewangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Dato’ Mohd Ishak Ayub, menyeru semua lapisan masyarakat terus mengenang jasa pahlawan serta menjadikan semangat cinta akan negara sebagai asas membina Sabah yang aman, maju dan sejahtera.
Beliau berkata penghargaan terhadap perjuangan pasukan keselamatan dan pahlawan negara tidak seharusnya terhenti pada majlis peringatan, sebaliknya diterjemahkan melalui tanggungjawab bersama memelihara keharmonian, perpaduan dan keamanan yang diwariskan kepada generasi hari ini.
“Bangsa yang mengenang jasa pahlawan tidak akan pernah hilang jati dirinya,” katanya.
Menurutnya, keberanian mereka yang mempertaruhkan nyawa demi kedaulatan negara menjadi peringatan bahawa keamanan yang dikecapi hari ini tidak datang tanpa pengorbanan.
Katanya, di sebalik ketenteraman yang dinikmati, terdapat kisah pengorbanan anggota keselamatan, keluarga mereka serta generasi terdahulu yang meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
Mohd Ishak turut mengajak rakyat meneladani semangat patriotisme itu dengan memperkukuh perpaduan, saling menghormati serta bersama-sama menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan Sabah selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya dan semangat Malaysia Madani.
Beliau berkata Hari Pahlawan bukan sekadar ruang mengenang sejarah, tetapi peringatan kepada semua pihak mengenai tanggungjawab memelihara keamanan yang telah dipertahankan dengan pengorbanan dan air mata.
“Sesebuah bangsa mungkin boleh maju melalui pembangunan, namun hanya bangsa yang tidak melupakan pengorbanan pahlawannya akan benar-benar memahami dari mana datangnya kebebasan dan mengapa ia perlu terus dipertahankan,” katanya.

Mohd Ishak Ayub.