Daerah Sipitang pesat membangun

SIPITANG: Daerah Sipitang bakal berwajah baharu dengan satu lagi projek pembangunan yang dikenali sabagai Sipitang Walk.
Pemilik projek tersebut Chrisnadia Sinam berkata demikian semasa lawatan rombongan Pengerusi Sabah Electricity Datuk Madius Tangau ke tapak projek berkanaan.
Projek Sipitang Walk yang mempunyai 12 blok 96 unit kedai 2 dan 3 tingkat tersebut kini 95 peratus telah dijual dan projek tersebut dijangka siap pada bulan September tahun ini.
Selain dari 96 unit-unit kedai, projek ini juga akan memiliki sebuah Hypermarket dengan keluasan 33,000 persegi dan sebuah bangunan hotel dan sebuah multi purpose hall.
Chrisnadia turut memuji Kerajaan GRS – PH Plus kerana daerah Sipitang telah membangun pesat di bawah kerajaan sekarang.
“Keyakinan rakyat terhadap keadaan ekonomi Sabah yang baik sekarang telah menyebabkan unit-unit kedai mereka laris dijual, ” katanya. -JT

LAWATAN …. Chrisnadia (dua dari kanan) bersama Madius (tengah) semasa lawatan ke tapak projek itu.