ATEX 2025 untuk menjalin kerjasama lebih kukuh

KOTA KINABALU: ASEAN Travel Exchange (ATEX) 2025, yang dijadualkan berlangsung di sini pada 19 Jun akan menghimpunkan pemain pelancongan serantau untuk menjalin kerjasama yang lebih kukuh dalam industri pelancongan ASEAN.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor diberi taklimat mengenai ATEX 2025 oleh delegasi pemain pelancongan bertaraf angtarabangsa di Menara Kinabalu.

Presiden Gabungan Persatuan Pengembaraan Asean (FATA) Datuk Tan Kok Liang berkata, ATEX 2025 akan menjadi acara pelancongan B2B antarabangsa pertama yang dianjurkan.

“Dan dijangka membawa masuk 200 pembeli antarabangsa dan 100 penjual serantau untuk perdagangan, dialog dan kerjasama dalam sektor pelancongan,” katanya.

Disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri serta organisasi pelancongan utama, ATEX 2025 bersedia untuk menjadi pengubah permainan dalam meletakkan Sabah di hadapan pasaran pelancongan serantau dan antarabangsa.

Delegasi itu terdiri daripada Presiden Persatuan Pelancongan Asean (Aseanta) Eddy Krismeidi;
Presiden FATA, Datuk Tan Kok Liang;Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Nigel Wong dan Pengarah Dasar Global dan Perhubungan Kerajaan Air Asia, Zamani Rafique.

Menyertai delegasi itu ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai.-JT

CENDERAHATI …. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan cenderahati kepada Presiden Aseanta, Eddy Krismeidi diperhatikan Datuk Joniston Bangkuai (dua dari kanan), Datuk Tan Kok Liong (dua dari kiri), Nigel Wong (kiri) dan Zamani Rafique (kanan).