Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Kota Kinabalu: “Terima kasih atas sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, YB Kenny Chua, kerana bermurah hati menyampaikan buah kurma untuk berbuka puasa kepada tenaga kerja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK),” kata Datuk Bandar Datuk Nordin Siman.
Nordin berkata, pembantu menteri kewangan itu turut menyumbangkan susu bayi dan kanak-kanak bagi menyokong Program DBKK Kasih untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
Katanya, sumbangan itu memberi makna yang amat besar buat tenaga kerja DBKK yang terus menjalankan tanggungjawab meskipun berdepan risiko Pandemik Covid-19.
“Hari ini, kita menerima sumbangan daripada ADUN Inanam yang bermurah hati menyampaikan buah kurma untuk diagihkan kepada seluruh tenaga kerja DBKK.
“Sumbangan ini amat bermakna kerana ia secara tidak langsung memberi semangat kepada kami untuk terus bekerja dan menjalankan tanggungjawab,”katanya ketika dihubungi, hari ini.
Turut hadir pada majlis penyampaian berkenaan Ketua Pengarah DBKK, Norliza Ag Alip.
Nordin berkata, semua sumbangan berkenaan akan diagihkan kepada anggota yang terpaksa bertugas ketika waktu berbuka.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri, Kenny Chua turut berkesempatan berkunjung ke pejabat DBKK untuk berkongsi pengalaman gerak kerja ketika PKP.
Kenny berkata, sumbangan berkenaan adalah sebahagian daripada penghargaan pihaknya terhadap DBKK.
Katanya, tenaga kerja DBKK terpaksa meneruskan kerja mereka walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.
Tamat









