
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
KOTA KINABALU: Seramai 82 pendatang asing tanpa izin (PATI) dihantar pulang oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), melalui Tawau, semalam.
Pengarah MKN Sabah, Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata, semua PATI berkenaan membabitkan warga Indonesia yang terdiri daripda 77 lelaki dan lima wanita diusir dihantar menggunakan feri.
Katanya, berikutan pengusiran terbaharu itu, jumlah PATI yang dihantar pulang setakat ini adalah sebanyak 3,753 individu, sejak 7 Januari lalu.

“Berdasarkan rekod, jumlah keseluruhan PATI yang diusir keluar dari Sabah mencecah 594,920 individu sejak tahun 1990.
“Jumlah itu termasuk termasuk warganegara India, China, Pakistan dan Vietnam yang dihantar pulang menggunakan diusir pengangkutan udara yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Sharifah berkata, selari dengan situasi semasa dan keputusan kerajaan, semua tahanan yang dihantar pulang juga perlu menjalani ujian saringan COVID-19 dan mengamalkan penjagaan kebersihan sepanjang proses pengusiran berlangsung.
Tamat





