Polis Giat Buru Suspek

Kota Marudu: Polis sedang menjalankan siasatan dan gerakan memburu seorang lelaki dalam kes tetak sehingga menyebabkan kematian di Kampung Kuyuh, Pitas, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, berdasarkan siasatan awal, lelaki berusia 29 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya, semua mangsa juga masih ditempatkan di Hospital Pitas untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Kenderaan Proton Satria berwarna biru yang tular di laman sosial sememangnya kereta milik lelaki terbabit.

“Kita mohon sesiapa yang mengetahui lokasi suspek terbabit supaya memaklumkan kepada polis untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Izaan berkata, setakat ini pihaknya masih belum disoal berhubung punca kejadian atau sebab tindakan mangsa mahu memutuskan hubungan pertunangan.

Dalam kejadian jam 11.15 malam Sabtu lalu, seorang mangsa yang juga ibu kepada tunang suspek lelaki berkenaan dikenali sebagai Habibah Abungon, 68, mati akibat kecederaan parah ditetak.

Dalam kejadian itu, empat sekeluarga yang berada di rumah turut cedera diserang suspek berusia 29 tahun yang mengamuk selepas dikatakan enggan memutuskan tali pertunangannya.

Tamat